Projek IT

PROJEK IT SEMESTER AKHIR
Berikut adalah projek semester akhir untuk bakal graduan Ijazah dalam bidang IT Network Computer. Projek ini  adalah projek semester akhir saya dalam jurusan tersebut. Proses menyiapkan laporan dan program hanya dalam satu semester iaitu (5 bulan). Pening kepala usah dikenang kerana memang tak sempat nak tidur dan tak cukup tidur kerana nak menyiapkan projek tersebut, maklum le nak grad cepat. Kalau kantoi susah pulak kan...

Jumpa tutor 5 kali, maknanya 5 kali lah dah buat pembetulan semata-mata nak dapat A dalam subjek Projek yakni untuk program dan laporannya. Alhamdulillah usaha yang dilakukan tidak disia-siakan walaupun pernah kena marah dengan tutor pada peringkat awal, projek kena reject sebab laporan tak ikut format yang diberikan malah bertanya kepada tutor macam mana nak develop program pun kena marah juga. Tutor tak bagi guna html dia suruh buat PHP. Akhirnya atau finally projek yang terhasil mendapat A bersama-sama dengan laporan akhir.


Projek ini bertajuk sistem buletin persatuan yang mana ia boleh digunakan untuk sesebuah persatuan seperti persatuan pelajar, persatuan penduduk dan sebagainya. Maklumat-maklumat terkini boleh di lihat di dalam Buletin tersebut. Sekiranya anda merupakan student atau bakal graduan ijazah yang ingin develop projek untuk semester akhir ini, anda boleh jadikan projek saya ini sebagai template untuk anda menyiapkan projek anda. Anda boleh namakan projek anda seperti :

1. Buletin Persatuan Penduduk Taman ABC..
2. Buletin Persatuan Sekolah ABC
3. Buletin Taska ABC
4. Buletin Keluarga ABC

Sebenarnya macam-macam lagi anda boleh namakan projek anda asalkan anda mempunyai template ini bagi memudahkan anda menyiapkan projek anda. Saya menggunakan dreamweaver untuk buat aturcara nya.

Lampiran video ini adalah hasil projek semester akhir saya. Anda boleh view untuk dianalisis. Nampak macam simple tapi nak buatnya sendiri mau ingat la...



Saya berhasrat untuk menjual projek ini kepada sesiapa yang sudi untuk membeli untuk dijadikan sebagai template untuk projek sendiri. Harga laporan+program = RM500. Laporan menggunakan aplikasi MS Words. Aturcara program disertakan sekali. Anda boleh edit mengikut kehendak anda.
Untuk "Test Run" login adalah admin1, password admin1 juga.

Hanya untuk yang 100% nak beli, sila hubugi saya dan bank in RM500 ke dalam akaun CIMB saya. Saya akan emailkan anda link untuk anda dapatkan program+laporan projek ini beserta dengan password untuk membuka zipfile berkenaan kurang daripada 24 jam.

No comments:

Post a Comment