Zakat

"Apabila mati seorang anak Adam maka terputuslah segala amalannya, kecuali tiga: Amal Jarial, Ilmu yang memberi manfaat (diajarkannya), dan Doa anak yang soleh"

Hadith riwayat Abu Hurairah

Assalamualaikum w.b.t.
Marilah kita sama-sama mencari saham akhirat supaya sama-sama memperolehi syafaat Allah di akhirat kelak. Seperti sedia maklum, rukun ISLAM ada 5 perkara :

1. Mengucap 2 kalimah syahadah
2. Solat 5 waktu sehari semalam
3. Berpuasa di bulan Ramadhan
4. Menunaikan zakat
5. Menunaikan Haji di Baitullah sekiranya mampu.

ZAKAT
Kewajipan menunaikan zakat bukan sekadar menunaikan zakat fitrah yang wajib ditunaikan oleh setiap umat Islam bersama-sama tanggungannya sebelum masuknya shawal malah kewajipan menunaikan zakat pendapatan, zakat saham, zakat emas & perak, zakat simpanan dan zakat perniagaan juga wajib ditunaikan oleh setiap individu yang beragama Islam.

Zakat boleh dilakukan dengan membuat bayaran secara terus kepada Pusat Pungutan Zakat atau Majlis Agama Islam di mana-mana negeri di Malaysia atau kepada agen-agen zakat yang telah ditauliahkan oleh Jabatan Agama Islam negeri-negeri berkenaan.

Disini izinkan saya berkongsi dengan anda saham yang insyaallah boleh membantu kita di akhirat kelak yakni membantu pelajar-pelajar maahad tahfiz. Seperti sediamaklum, seorang tahfiz insyaallah boleh memberi syafaat kepada 10 orang untuk dibawa bersama-samanya ke syurga. INSYA ALLAH dengan sumbangan kita yang tak seberapa ini jika diizinkan oleh Allah, maka pelajar Maahad Tahfiz ini akan membawa kita ke syurga bersama-samanya dan keluarganya. Ini adalah SAHAM yang paling bernilai buat kita.

Untuk itu, saya galakkan anda menyalurkan zakat anda melalui program ini kerana saya merupakan wakil Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Itqaan & Majlis Agama Islam Perlis untuk mengutip zakat. Sumbangan zakat anda diterima secara tunai & cek yang ditulis kepada : MAJLIS AGAMA ISLAM PERLIS. Saya sebagai wakil akan "submit" zakat anda kepada MAIP & resit rasmi akan dikeluarkan oleh MAIP untuk membolehkan anda menolak rebet cukai LHDN. Bagaimana anda boleh memperolehi saham akhirat ini? Ini bergantung kepada jumlah zakat yang anda sumbangkan kepada MAIP. Sebanyak 50% daripada jumlah sumbangan zakat anda yang saya kutip akan disalurkan kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Itqaan oleh Majlis Agama Islam Perlis.

Maka setiap kemudahan yang digunakan, fadhilat menghafaz ayat suci Al-Quran & doa pelajar-pelajar maahad tahfiz ini (yang mendapat sumbangan daripada anda), insyaallah adalah SAHAM AKHIRAT BAGI ANDA. Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah supaya kita bakal mendapat syafaat daripada pelajar Maahad Tahfiz ini.

Rebut peluang ini dengan menghubungi saya di talian 019-2727068



 ZAKAT MENYUCIKAN HATI

No comments:

Post a Comment